Konvo Negeri
Kelas komputer
Hasil kerja kanak-kanak tabika didalam kelas
Di tapak perhimpunan
Pusat-pusat Didalam Kelas
Persekitaran TBK
Aktiviti Tabika - Bengkel Keibubapaan
Untuk memberikan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak pula , kunjungan ke Balai bomba, ke Perpustakaan Awam ,Zoo dan tempat-tempat yang lain di buat setiap tahun. Program ini mememang dinantikan dan sangat disukai oleh kanak-kanak.
Rombongan ke Wet World Pedas N.Sembilan
Penyampaian Sijil
Yang Berhormat ADUN Lendu berbincang dengan Ketua Pemuda UMNO
Ucapan dari Yang Berhormat ADUN Lendu
Alunan nasyid yang mengasyikkan
Kanak-kanak di tabika An Nur diraikan pula pada hari penyampaian sijil di tabika, mereka juga akan diraikan di peringkat parlimen dan negeri di akhir November pada hari Konvekesyen.Semua aktiviti yang diaturkan ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak tetapi juga dapat mengeratkan hubugan antara guru,AJK tabika dan ibubapa.Kebiasaannya program ini mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak dan dapat dijayakan dengan baik dan sempurna sebagaimana yang dirancang.
Lawatan Uniti
Hafazan - Kejayaan TBK
Sepanjang tahun Pelbagai aktiviti diadakan di tabika An Nur,semua aktiviti tersebut bukan hanya melibatkan kanak-kanak tetapi juga melibatkan ibubapa mereka.Setiap bulan pasti ada aktiviti yang telah ditentukan, antaranya mesyuarat AJK tabika, mesyuarat ini biasanya diadakan pada bulan Januari.Mesyuarat ini adalah untuk menentukan tarikh mesyuarat Tahunan dan menentukan setiap aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun. Mesyuarat tahunan pula diadakan setiap tahun untuk membincangkan masalah yang timbul di tabika, memberitahu program atau aktiviti tabika yang telah dirancang kepada ibubapa , disamping itu ibubapa juga bolah menyuarakan idea mereka untuk menambahbaikan tabika.
Gotong-royong juga adalah merupakan salah satu dari agenda yang perlu dibuat untuk memastikan tabika sentiasa berada didalam keadaan bersih.Gotong royong biasanya diadakan setiap 3 bulan sekali.Gotong -royong ini bukan sahaja diadakan bersama ibubapa malahan juga diadakan bersama kanak-kanak pada iaitu setiap hari rabu. Gotong -royong yang diadakan bersama kanak-kanak adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dikalangan mereka dan mendidik supaya mereka sayangkan tabika di samping menghargai alam sekitar dan menjaga kebersihan tabika.