Sunday, March 6, 2011

Koleksi Gambar Aktiviti Tabika


Konvo Negeri



Kelas komputer


Hasil kerja kanak-kanak tabika didalam kelas









Di tapak perhimpunan



Pusat-pusat Didalam Kelas







Persekitaran TBK









Aktiviti Tabika - Bengkel Keibubapaan
















Untuk memberikan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak pula , kunjungan ke Balai bomba,  ke Perpustakaan Awam ,Zoo dan tempat-tempat yang lain di buat setiap tahun. Program ini mememang dinantikan  dan sangat disukai oleh kanak-kanak.


Rombongan ke Wet World Pedas N.Sembilan




Penyampaian Sijil


Yang Berhormat ADUN Lendu berbincang dengan Ketua Pemuda UMNO


 Ucapan dari Yang Berhormat ADUN Lendu
 

Alunan nasyid yang mengasyikkan

Kanak-kanak di tabika An Nur diraikan pula pada hari penyampaian sijil di tabika, mereka juga akan diraikan di peringkat parlimen dan negeri di akhir November pada hari Konvekesyen.Semua aktiviti yang diaturkan ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak tetapi juga dapat mengeratkan hubugan antara guru,AJK tabika dan ibubapa.Kebiasaannya program ini mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak dan dapat dijayakan dengan baik dan sempurna sebagaimana yang dirancang.

Lawatan Uniti










Hafazan - Kejayaan TBK



Sepanjang tahun Pelbagai aktiviti diadakan  di tabika An Nur,semua aktiviti tersebut bukan hanya melibatkan kanak-kanak tetapi juga melibatkan ibubapa mereka.Setiap bulan pasti ada aktiviti yang telah ditentukan, antaranya mesyuarat AJK tabika, mesyuarat ini biasanya  diadakan pada bulan Januari.Mesyuarat ini adalah untuk menentukan tarikh mesyuarat Tahunan dan menentukan setiap aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun. Mesyuarat tahunan pula diadakan setiap tahun untuk membincangkan masalah yang timbul di tabika, memberitahu program atau aktiviti tabika yang telah dirancang kepada ibubapa , disamping itu ibubapa juga bolah menyuarakan idea mereka untuk menambahbaikan tabika.




Gotong-royong juga adalah merupakan salah satu dari agenda yang perlu dibuat untuk memastikan tabika sentiasa berada didalam keadaan bersih.Gotong royong biasanya diadakan setiap 3 bulan sekali.Gotong -royong ini bukan sahaja diadakan bersama ibubapa malahan juga diadakan bersama kanak-kanak pada iaitu setiap hari rabu. Gotong -royong yang diadakan bersama kanak-kanak adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dikalangan mereka dan mendidik supaya mereka sayangkan tabika di samping menghargai alam sekitar dan menjaga kebersihan tabika. 










1 comment:

  1. Syabas, cikgu. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan, saya mendapati bahawa anda seorang yang berwawasan, inovatif, kreatif dan seorang motivator. Aktiviti yang dilaksanakam dapat membantu perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial(JERIS) murid-murid tadika. Saya percaya, anak-anak didik puan pasti tidak segan silu untuk bercakap di khalayak di samping berani menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh pihak KEMAS. Falsafah Pendidikan negara pasti akan akan tercapai jika semua guru tadika mempunyai karektor seperti puan. Saya yakin murid-murid puan tentu seronok belajar jika guru melaksanakan perbagai aktiviti yang menarik Proses pengajaran puan menghasilkan pemelajaran murid yang berkesan.Kini, saya pula seolah-olah berminat dan terpanggil untuk membuka sebuah tadika apabila saya bersara daripada perkhidmatan kelak. Pada ketika itu, saya pasti akan menjadikan puan dan tadika puan antara sumber dan tempat rujukan utama saya.

    ReplyDelete