Sunday, March 6, 2011

Koleksi Gambar Aktiviti Tabika


Konvo Negeri



Kelas komputer


Hasil kerja kanak-kanak tabika didalam kelas









Di tapak perhimpunan



Pusat-pusat Didalam Kelas







Persekitaran TBK









Aktiviti Tabika - Bengkel Keibubapaan
















Untuk memberikan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak pula , kunjungan ke Balai bomba,  ke Perpustakaan Awam ,Zoo dan tempat-tempat yang lain di buat setiap tahun. Program ini mememang dinantikan  dan sangat disukai oleh kanak-kanak.


Rombongan ke Wet World Pedas N.Sembilan




Penyampaian Sijil


Yang Berhormat ADUN Lendu berbincang dengan Ketua Pemuda UMNO


 Ucapan dari Yang Berhormat ADUN Lendu
 

Alunan nasyid yang mengasyikkan

Kanak-kanak di tabika An Nur diraikan pula pada hari penyampaian sijil di tabika, mereka juga akan diraikan di peringkat parlimen dan negeri di akhir November pada hari Konvekesyen.Semua aktiviti yang diaturkan ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak tetapi juga dapat mengeratkan hubugan antara guru,AJK tabika dan ibubapa.Kebiasaannya program ini mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak dan dapat dijayakan dengan baik dan sempurna sebagaimana yang dirancang.

Lawatan Uniti










Hafazan - Kejayaan TBK



Sepanjang tahun Pelbagai aktiviti diadakan  di tabika An Nur,semua aktiviti tersebut bukan hanya melibatkan kanak-kanak tetapi juga melibatkan ibubapa mereka.Setiap bulan pasti ada aktiviti yang telah ditentukan, antaranya mesyuarat AJK tabika, mesyuarat ini biasanya  diadakan pada bulan Januari.Mesyuarat ini adalah untuk menentukan tarikh mesyuarat Tahunan dan menentukan setiap aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun. Mesyuarat tahunan pula diadakan setiap tahun untuk membincangkan masalah yang timbul di tabika, memberitahu program atau aktiviti tabika yang telah dirancang kepada ibubapa , disamping itu ibubapa juga bolah menyuarakan idea mereka untuk menambahbaikan tabika.




Gotong-royong juga adalah merupakan salah satu dari agenda yang perlu dibuat untuk memastikan tabika sentiasa berada didalam keadaan bersih.Gotong royong biasanya diadakan setiap 3 bulan sekali.Gotong -royong ini bukan sahaja diadakan bersama ibubapa malahan juga diadakan bersama kanak-kanak pada iaitu setiap hari rabu. Gotong -royong yang diadakan bersama kanak-kanak adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dikalangan mereka dan mendidik supaya mereka sayangkan tabika di samping menghargai alam sekitar dan menjaga kebersihan tabika. 










Saturday, March 5, 2011

Tabika An Nur: Sepintas Lalu

Persekitaran Tabika An Nur yang mesra kanak-kanak diwujudkan supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Sehubungan dengan itu, seluruh dinding  tabika dihiasi mural berunsur alam prasekolah yang memberi aura tersendiri buat tabika An Nur.Penggunaan warna yang merangsang minda, peralatan yang   tersusun rapi, tempat yang bersih , kemas dan teratur, poster dan perhiasan yang menarik semuanya akan menyumbang kepada keceriaan tabika.

Selain itu, tabika ini turut memastikan setiap minggu carta-carta yang ada didalam kelas akan di tukar mengikut tema .
Malah perhimpunan yang diadakan selam 10 minit sebelum sesi pembelajaran bermula untuk melatih kanak-kanak berdisplin dan menepati masa.Semasa perhimpunan kanak-kanak diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku, Melaka, KEMAS dan lagu Tabika, diikuti dengan bacaan doa penerang hati dan doa ibubapa.

Setelah selesai perhimpunan pagi, guru akan bercerita mengenai tema pada minggu itu.Cara ini mampu merangsang minda kanak-kanak ini dengan mengadakan tema  yang berbeza setiap minggu.Cara ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan sifat ingin tahu kanak-kanak.

 Manakala kaedah pembelajaran yang digunakan kepada kanak-kanak di tabika ini memudahkan kanak-kanak keluar dari alam prasekolah dan memdedahkan mereka  kepada sistem pembelajaran yang efektif, dengan harapan dapat membentuk dan memimpin minda kanak-kanak supaya pemikiran mereka sentiasa cergas, kreatif pada  keseluruhannya.
Antara kaedah pembelajaran lainnya ialah kaedah fonetik dan sukukata dan program komputer.
Begitu juga aktiviti luar kelas iaitu sukan tahunan dan lawatan.Setiap tahun tabika akan mengadakan sukan dan lawatan.Ia bertujuan meningkatkan daya saing keyakinan diri kanak-kanak.
Aktiviti seni dan kraf pula adalah aktiviti yang disukai kanak-kanak. Ia antara aktiviti yang merangsang minda.Setiap minggu kanak-kanak diberi masa selama  1 jam untuk melakukan aktiviti seni dan kraf.Tajuk seni pula bersesuaian denagn tema pada minggu tersebut, contohnya jika pada minggu itu temanya haiwan  maka kanak-kanak akan membuat model haiwan dengan menggunakan kertas surat khabar, kotak dan sebagainya .Aktiviti ini melatih kanak-kanak berdikari dan  berfikir secara rasional di samping belajar bersabar.

Manakala jumlah kanak-kanak yang belajar di tabika ini juga tidak terlalu ramai.Dimana kelas yang ideal mempunyai hanya 20 orang kanak-kanak.Bilangan ini  membantu untuk guru memberikan sepenuh perhatian dan mengikuti perkembangan setiap kanak-kanak di dalam kelas.Ia juga memberi ruang dan peluang kepada   kanak-kanak untuk berinteraksi dan mengambil bahagian di dalam kelas.

Guru yang bertugas ditabika An Nur juga merupakan guru yang penyayang dan prihatin tentang keperluan murid-muridnya.Setiap kanak-kanak berpotensi untuk cemerlang tetapi setiap mereka berbeza dari segi asuhan keluarga dan keupayaan intelektual.Guru yang memahami anak-anak berdasarkan latar belakang ini dapat membimbing anak-anak dengan lebih berkesan  dan faktor inilah juga yang menentukan kajayaan sesebuah tabika.

Tabika An Nur juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan lain seperti Kesihatan untuk mengadakan rawatan kesihatan seperti pemeriksaan kutu, kulit kanak-kanak pemeriksaan gigi dan menggosok gigi dengan cara yang betul.Kanak-kanak tabika An Nur juga sering dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna oleh agensi-agensi luar.

Untuk mengeratkan hubungan antara guru dan ibubapa kanak-kanak pula pihak tabika mengadakan bengkel keibubapaan, dimana pelbagai aktiviti yang bersesuaian disediakan.Mesyuarat tahunan juga adalah merupakan agenda yang wajib diadakan untuk ibubapa mengetahui program  tabika sepanjang tahun dan bekerjasama  dengan pihak tabika untuk menjayakannya.


Kalendar Korporat

Bulan
Aktiviti
Januari  
Mesyuarat AJK Tabika dan  Rawatan pergigian
Februari                                   
Mesyuarat Tahunan
Mac                                        
Pemeriksaan Kesihatan
April  
Mesyuarat AJK Tabika dan gotong royong
Mei 
Lawatan
Jun                                        
Hari Terbuka
Julai
Mesyuarat AJK Tabika dan gotong royong
Ogos                                       
Sambutan Hari Kemerdekaan
September                                  
Hari Terbuka dan pendaftaran kanak-kanak
Oktober                                    
Konvokesyen
Disember 
Orientasi Tabika

Senarai Jawatankuasa Tabika An Nur


Pengerusi    
:
Hajjah Azizah Bt Mad Yassin
N/Pengerusi           
:

Zainah Bt Baba
Setiausaha
:
Noor Aishah Bt Abd Advis
N/Setiausaha          
:
Noriza Bt Khamis
Bendahari    
:
Umikalsom Bt Hj Omar
Ahli Jawatankuasa      
:
Abd Ghani B Husin

:
Zainah Bt Md Siran

:
Siti Zaharah Bt Md Salleh

:
Nor Hazirah Bt Kamardin

:
Noor Azura Bt Dollah
P/Kira-kira           
:
Marshitah Bt Ali

:
Fauziah Bt Borhan

Info Tabika An Nur


Nama Guru    

:

Noor Aishah Bt Abd Advis
Nama Pembantu
:
Marshitah Bt Ali

Nama Pengerusi TBK

:

Pn Hajjah Azizah Bt Mad Yassin
Jumlah Murid 
:
20 orang
Misi TBK     
:
Menyediakan suasana tabika yang kondusif dan harmonis dikalangan kanak-kanak melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan kurikulum dan  ko-kurikulum selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi
:
Membentuk modal insan yang berintergriti dan berakhlak mulia
Kejayaan
:
Johan Hafazan 2008 dan Silat 2010 Peringkat Parlimen
Alamat Tabika
: Tabika An Nur,Kampung Seri Tanjung 78300 Masjid Tanah Melaka
Laman Sesawang         
:

Piagam pelanggan

  • Merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran selama 4 jam, setiap hari dengan penuh bertanggungjawab, mesra, prihatin dan penuh kasih sayang untuk memperkembangkan intelek,rohani, emosi dan sosial kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
  • Memastikan supaya kanak-kanak belajar dalam suasana persekitaran luar dalam kelas selamat, selesa. bersih dan landskap yang menarik dan ceria,mencabar dan merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak
  • Mempertingkatkan prestasi kanak-kanak supaya boleh mengatasi kemahairan asas membaca, menulis, mengira, dan bijak Muqaddam sebelum bulan November
  • Memastikan kank-kanak mendapat makanan tambahan yang berkhasiat, bersih dan lazat di hari persekolahan dan mengukur tinggi  dan menimbang berat kanak-kanak 3 bulan sekali
  • Bekerjasama dengan ibubapa untuk merancang program bagi membantu perkembangan intelek anak di rumah.

Matlamat

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan, dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menanagani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif

  • Membina kecergasan badan
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat
  • Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  • Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri
  • Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar
  • Mempunyai kematangan emosi
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
  • Berani menyatakan pandangan dan perasaan
  • Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
  • Boleh bekerja secara  bersendirian dan juga bekerja secara kumpulan.
  • Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya
  • Mengamalkan nilai murni
  • Mengamalkan nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
  • Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia.bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
  • Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas
  • Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugas harian dan menyelesaikan masalah
  • Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif, dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
  • Mengembangkan daya kreativiti dan estetika
  • .Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Tabika An Nur



Sejarah

Tabika An Nur terletak di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah Melaka. Tabika ini mula beroperasi pada tahun 1991 dan menumpang di balairaya Seri Tanjung.

Keluasan biliknya ketika itu agak sempit bagi menampung bilangan kanak- kanak seramai 25 orang. Kelengkapan serta alat bahan pembelajaran yang ada pada ketika itu juga tidak mencukupi, namun Tabika An Nur tetap menjadi pilihan penduduk setempat untuk menghantar anak-anak mereka menerima pembelajaran awal sebelum mereka ke tahun satu.

Inisiatif JKKK Kampung Seri Tanjung menyediakan tapak dan peruntukan yang diberi oleh pihak Kememterian Pembangunan Luar Bandar, sebuah tabika baru telah dibina bersebelahan dengan balairaya Seri Tanjung. Tabika An Nur yang baru ini lengkap dengan permainan luar dan pagar sebagai langkah keselamatan.

Tenaga mengajar yang mengajar di Tabika An Nur sejak dari 1991 sehingga kini adalah seramai 5 orang, dimana pertukaran tenaga pengajar adalah menjadi perkara biasa bagi memenuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan.

Bagi memperkasakan Tabika An Nur, AJK Tabika diwujudkan untuk membantu dan bekerjasama dalam setiap agenda yang telah diatur, malahan bersedia menyumbang idea-idea yang bernas untuk kecemerlangan tabika.

Senarai Pengerusi Tabika An Nur

Tahun
Nama Pengerusi
               Jawatan
1991 - 2004
Haji Jaafar B Zakariah
Pesara guru
2004 - 2011
Hajjah Azizah Bt Mad Yassin
Surirumah tangga

 PUCUK BETIK PUCUK PENGAGA,BUDI BAIK DIKENANG JUGA

Tabika KEMAS

Tabika singkatan bagi Taman Bimbingan Kanak-Kanak, merupakan tempat untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak prasekolah untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Waktu tabika adalah lebih pendek iaitu empat jam sehari, biasanya disebelah pagi, tetapi ada juga tabika yang beroperasi di sebelah petang. 

Penekanan tabika adalah pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan pembelajaran asas iaitu menulis, membaca dan mengira. Berbeza taska, tabika tidak  memjurus kepada memenuhi keperluan fizikal seperti makan, minum, mandi dan tidur anak-anak kerana anak- anak tidak mandi dan tidur. Namun aspek asuhan akhlak dan rohani perlu menjadi tonggak pendidikan di tabika kerana diperingkat umur ini pembentukan sahsiah adalah sangat pesat dan input penagaruh positif akan meninggalkan kesan yang mendalam pada kanak-kanak.

Bagi ibubapa yang berkemampuan atau bergaji lumayan, jalan mudah dicari sudah tentu mereka akan memilih dan menghantar anak ke tabika terbaik yang tidak mengetepikan segala kelengkapan serta pelbagai program bagi merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Namun demikian masih ada tabika yang mengenakan bayaran yang murah dan menyediakan kelengkapan serta pelbagai program yang menarik  menjadi pilihan ibubapa, seperti tabika KEMAS iaitu   dari Kementerian Pembangunan  Luar bandar  dan Wilayah.