Saturday, March 5, 2011

Matlamat

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan, dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menanagani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif

  • Membina kecergasan badan
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat
  • Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  • Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri
  • Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar
  • Mempunyai kematangan emosi
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
  • Berani menyatakan pandangan dan perasaan
  • Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
  • Boleh bekerja secara  bersendirian dan juga bekerja secara kumpulan.
  • Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya
  • Mengamalkan nilai murni
  • Mengamalkan nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
  • Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia.bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
  • Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas
  • Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugas harian dan menyelesaikan masalah
  • Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif, dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
  • Mengembangkan daya kreativiti dan estetika
  • .Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

No comments:

Post a Comment