Saturday, March 5, 2011

Tabika An Nur: Sepintas Lalu

Persekitaran Tabika An Nur yang mesra kanak-kanak diwujudkan supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Sehubungan dengan itu, seluruh dinding  tabika dihiasi mural berunsur alam prasekolah yang memberi aura tersendiri buat tabika An Nur.Penggunaan warna yang merangsang minda, peralatan yang   tersusun rapi, tempat yang bersih , kemas dan teratur, poster dan perhiasan yang menarik semuanya akan menyumbang kepada keceriaan tabika.

Selain itu, tabika ini turut memastikan setiap minggu carta-carta yang ada didalam kelas akan di tukar mengikut tema .
Malah perhimpunan yang diadakan selam 10 minit sebelum sesi pembelajaran bermula untuk melatih kanak-kanak berdisplin dan menepati masa.Semasa perhimpunan kanak-kanak diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku, Melaka, KEMAS dan lagu Tabika, diikuti dengan bacaan doa penerang hati dan doa ibubapa.

Setelah selesai perhimpunan pagi, guru akan bercerita mengenai tema pada minggu itu.Cara ini mampu merangsang minda kanak-kanak ini dengan mengadakan tema  yang berbeza setiap minggu.Cara ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan sifat ingin tahu kanak-kanak.

 Manakala kaedah pembelajaran yang digunakan kepada kanak-kanak di tabika ini memudahkan kanak-kanak keluar dari alam prasekolah dan memdedahkan mereka  kepada sistem pembelajaran yang efektif, dengan harapan dapat membentuk dan memimpin minda kanak-kanak supaya pemikiran mereka sentiasa cergas, kreatif pada  keseluruhannya.
Antara kaedah pembelajaran lainnya ialah kaedah fonetik dan sukukata dan program komputer.
Begitu juga aktiviti luar kelas iaitu sukan tahunan dan lawatan.Setiap tahun tabika akan mengadakan sukan dan lawatan.Ia bertujuan meningkatkan daya saing keyakinan diri kanak-kanak.
Aktiviti seni dan kraf pula adalah aktiviti yang disukai kanak-kanak. Ia antara aktiviti yang merangsang minda.Setiap minggu kanak-kanak diberi masa selama  1 jam untuk melakukan aktiviti seni dan kraf.Tajuk seni pula bersesuaian denagn tema pada minggu tersebut, contohnya jika pada minggu itu temanya haiwan  maka kanak-kanak akan membuat model haiwan dengan menggunakan kertas surat khabar, kotak dan sebagainya .Aktiviti ini melatih kanak-kanak berdikari dan  berfikir secara rasional di samping belajar bersabar.

Manakala jumlah kanak-kanak yang belajar di tabika ini juga tidak terlalu ramai.Dimana kelas yang ideal mempunyai hanya 20 orang kanak-kanak.Bilangan ini  membantu untuk guru memberikan sepenuh perhatian dan mengikuti perkembangan setiap kanak-kanak di dalam kelas.Ia juga memberi ruang dan peluang kepada   kanak-kanak untuk berinteraksi dan mengambil bahagian di dalam kelas.

Guru yang bertugas ditabika An Nur juga merupakan guru yang penyayang dan prihatin tentang keperluan murid-muridnya.Setiap kanak-kanak berpotensi untuk cemerlang tetapi setiap mereka berbeza dari segi asuhan keluarga dan keupayaan intelektual.Guru yang memahami anak-anak berdasarkan latar belakang ini dapat membimbing anak-anak dengan lebih berkesan  dan faktor inilah juga yang menentukan kajayaan sesebuah tabika.

Tabika An Nur juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan lain seperti Kesihatan untuk mengadakan rawatan kesihatan seperti pemeriksaan kutu, kulit kanak-kanak pemeriksaan gigi dan menggosok gigi dengan cara yang betul.Kanak-kanak tabika An Nur juga sering dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna oleh agensi-agensi luar.

Untuk mengeratkan hubungan antara guru dan ibubapa kanak-kanak pula pihak tabika mengadakan bengkel keibubapaan, dimana pelbagai aktiviti yang bersesuaian disediakan.Mesyuarat tahunan juga adalah merupakan agenda yang wajib diadakan untuk ibubapa mengetahui program  tabika sepanjang tahun dan bekerjasama  dengan pihak tabika untuk menjayakannya.


1 comment:

  1. Salam,

    Tahniah, pencapaian terbaik ni. Dah ada blog tu.
    Menarik.

    ReplyDelete