Friday, April 29, 2011

Tips atasi masalah anak prasekolah

Perkataan negatif

Kanak-kanak belajar menerusi peniruan dan model yang dilihat atau didengar
daripada persekitarannya. Perkara yang berlaku berdekatan dengan kanak- kanak itu akan menjadi sebahagian dalam dirinya sama ada positif atau negatif.Sehubungan itu ibubapa sering melihat perubahan yang berlaku terhadap anak yang pulang dari tabika.Perubahan itu adalah tanda-tanda telah berlaku peniruan dalam dirinya.

Dalam hal ini, bukan sahaja ibubapa memainkan peranan tetapi juga guru tadika juga sangat penting dalam pembentukan tingkahlaku dan perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak berada di tadika hampir satu hari. Segala perilaku nya adalah dibawah pengawasan guru di situ.

Langkah pertama kepada ibubapa apabila mendengar kanak-kanak yang pulang
dari tabika menggunakan perkataan yang diluar jangkaan segara menegur dan nyatakan perkataan tersebut tidak sesuai digunakan.Sentiasa membetulkan dan memberi teguran setiap kali kanak-kanak mengeluarkan perkataan negatif.

Langkah kedua dengan memberi ganjaran bermula denga pujian setiap kali dapat membaiki kesilapannya. Namun jelaskan bahawa sikapnya itu adalah perbuatn yang tidak baik. Tunjukkan juga nilai-nilai positif dalam langkah pergaulan seharian.

Langkah ketiga, perbincangan dua hala iaitu ibubapa hendaklah berbincang
dengan guru tadika mengenai sikap anaknya. Maklumkan kepada guru cara untuk mengatasi masalah pengaruh bahasa yang dituturkan oleh kanak-kanak
selepas pulang dari tadika. Kalau boleh bawa senarai perkataan yang sering dituturkan untuk perhatian guru ditadika, dengan harapan guru boleh menerima pandangan ibubapa. Sekiranya guru tadika profesional sepatutnya menerima teguran membina dan memperbaiki perkhidmatan di tadika.

Langkah keempat pula bagi pihak tabika, kenal pasti kanak-kanak yang menimbulkan masalah dengan mengeluarkan kata-kata negatif. Setelah mengenalpasti kanak-kanak itu, guru perlu berjumpa dengan ibubapanya untuk berbincang bagi mengatasi masalah itu. Usaha ini perlu supaya sikap kanak-kanak itu tidak memberi kesan kepada kanak-kanak lain.

No comments:

Post a Comment