Friday, April 29, 2011

Luahan emosi kanak- kanak

Adakah anda sering memarahi anak jika mereka menconteng dinding? Jika ia fikirkan semula tindakan itu, kerana lukisan dan contengan itu, lebih daripada sekadar kreativiti, sebaliknya itulah luahan isi hati mereka. Menurut pakar psikologi lukisan bukan hanya sekadar menjadi saluran kanak-kanak meluahkan perasaan tetapi pintu masuk kehidupan mereka. Malah sejak sekian lama, lukisan dijadikan alat oleh pakar psikologi untuk mendekati kanak-kanak bermasalah seperti mangsa dera, mangsa rogol atau kank-kank berdepan masalah autisme dan sindrom Asperger.

Menerusi lukisan pakar psikologi mengenal pasti masalah dan isu melingkari kehidupan kanak-kanak. Setiap hasil seni kank- kank itu bercerita, menjadikan seni lukis dan kanak-kanak sangat intim.


Lukisan juga menjadi medium sikecil membina personaliti , memerhati, persekitaran penanda aras pembangunan intelektualnya,kemahiran komunikasi selain boleh membantu diognosis ketidakupayaan dirinya dalam pembelajarannya. Senilukis juga cara mereka menterjemah apa yang dirasa dan dilihat.

Justeru senilukis sebagai terapi adalah cara efektif untuk kanak-kanak membentuk dan menjelaskan emosi, Ia juga alat paling berkuasa memberi kanak-kanak kebolehan untuk meluahkan pendapat emosi, ketakutan dalam persekitaran yang selamat.

Apabila mendalami hasil lukisan kanak-kanak, perhatikan warna yang dipilihnya. Pakar psikologi percaya pemilihan warna yang dipilihnya menjadi pengukur emosinya.

No comments:

Post a Comment