Thursday, May 5, 2011

Tip Anak Cergas

Gantikan air kordial dengan jus buah yang dibuat sendiri. Melalui cara ini anda dapat mengawal kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat untuk  anak anda .Walaupun nampak mudah tetapi ia sangat penting untuk tubuh seseorang dalam membantu menghasilkan tenaga , sekaligus membantu tubuh bekerja dengan baik.

Pemakanan sihat

10 Makanan untuk otak

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu  akan mempunyai minda yang tajam.


Telur sumber protin yang sangat mudah. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.



Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf

Bijirin penuh, otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut.

Oat merupakan bijirin untuk otak . Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.


Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat baik. Vitamin C yang terkandung didalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.



Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.


Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat


Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters . Susu dan yogurt juga kaya dengan protien dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.



Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.